Masih tercari-cari kombinasi warna atau warna tema untuk majlis anda?
Sempena tahun baru ini, mari kita lihat gabungan warna berikut, mungkin ada boleh dijadikan warna tema majlis anda nanti.

1. Pink & Glittery – gabungan warna merah jambu serta kilauan keemasan mungkin sesuai untuk anda yang berjiwa riang dan ceria. Kemasan ‘glittery’ mampu mengimbangi ‘kemanjaan’ warna pink.

1

 

 

 

2. Biru Kehijauan – kombinasi warna yang menyejukkan untuk yang cintakan kedamaian. Menarik jika dipadankan dengan stail yang elegan disertai dengan kemasan warna putih atau cream.

2

 

 

3. Kuning + Kelabu – Bagi yang gemarkan warna pudar seperti kelabu, cream atau natural; boleh selitkan warna kuning untuk memberikan kesan yang lebih menarik.

3

 

 

4. Mint + Yellow – Untuk efek ceria dan ranggi, kombinasi warna-warna ini sangat menarik untuk dicuba.

6

 

5. Purple + Antique Gold – Ramai yang cuba mengelakkan warna ungu kerana beranggapan ia tidak sesuai, namun dengan penataan warna yang betul, kombinasi ungu dan ‘antique gold’ sangat menarik untuk dicuba!

7

 

 

Kesimpulannya, apa pun warna yang anda pilih, pastikan ia bersesuaian dengan tema dan konsep yang ingin anda jayakan.