Team Issyaz Wedding telah berpeluang untuk menyertai Ekspo Perkahwinan 2014  bertempat di ruang legar Ampang Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula 4 hingga 7 Mac yang lalu.

Sepanjang ekspo berlangsung, booth Issyaz Wedding dihias cantik dan kami juga berpeluang mempromosikan pakej perkahwinan terbaik dan mempamerkan rekaan busana pengantin terkini selain sesi food testing yang pastinya mendapat sambutan menggalakkan. Selain itu, Issyaz Wedding turut menonjolkan demonstrasi jahitan serta pertunjukan fesyen di pentas ekspo.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengunjung terutamanya yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk merealisasikan majlis idaman anda.

ekspo-pengantin-ampang-park-booth-issyaz-wedding issyaz-wedding-ekspo-pengantin-kerja-kahwin-ampang-park

 

Pin It on Pinterest

Share This