Berakhirnya bulan puasa, maka bermulalah kembali musim majlis kahwin dan bermacam-macam rekaan dan trend pelamin untuk baki tahun 2014 serta menjelang tahun 2015.

Tahun 2015 juga dijangkakan bermulanya perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di mana perniagaan butik pengantin tidak terkecuali dari perlaksanaan GST ini. Dari segi kesiapsiagaan perniagaan butik pengantin dan perancangan perkahwinan dalam menghadapi GST ini boleh dikatakan pada kadar yang rendah. Apa pun, semoga perlaksanaan GST ini nanti tidak akan menimbulkan sebarang ‘kekecohan’ akibat kurangnya penerangan dari pihak kerajaan.

Berbalik kepada tajuk Pelamin 2014-2015, trend sekarang masih lagi lebih kepada pelamin simple namun elegant dan romantik dengan gabungan elemen fabrik dan flora menjadi pilihan. Pasangan pengantin dan bakal pengantin kini lebih ‘up to date’ dengan trend semasa dan juga gaya DIY yang semakin mendapat tempat.

Pin It on Pinterest

Share This