Pada 8 Mac 2014 yang lepas, telah berlangsung Majlis Resepsi pasangan bahagia Azwan dan Arina yang bertempat di Dewan Cindai, Institut Kraf, Taman Templer Rawang, Selangor.

Pasangan Raja Sehari ini telah memilih Issyaz Wedding sebagai wedding planner majlis mereka dengan pakej lengkap untuk majlis di dewan.

Pakej lengkap kami merangkumi:

  • Pilihan pelamin terkini untuk majlis di dewan termasuk rekaan pelamin pilihan pengantin, dekorasi bunga segar, backdrop, kerusi pengantin, pencahayaan (lighting) untuk menimbulkan suasana romantis
  • Dekorasi dan hiasan bunga segar di dalam dewan seperti pintu gerbang (flora-style atau gazebo-style), dekorasi laluan pengantin (walkway), hiasan bunga segar meja makan beradap, hiasan bunga segar meja kek, hiasan bunga (centrepiece) meja tetamu, karpet merah dan sebagainya.
  • Dua pasang busana pengantin rekaan khas (custom-made) untuk majlis nikah dan sanding mengikut pilihan warna, material dan design pasangan pengantin untuk kelihatan anggun bergaya di atas singgahsana raja sehari.
  • Katering buffet untuk majlis resepsi siap lengkap dengan pelbagai pilihan lauk pauk, peramusaji, buffet line dengan chaffing dish bulat eksklusif, meja VIP dengan set hidangan di meja (dome), hidangan meja pengantin makan beradap dan kek pengantin.
  • Kerusi meja tetamu yang siap lengkap dengan kerusi bersarung dan beriben, manakala meja dialas dengan kain sesuai dengan warna tema majlis.
  • Andaman atau mekap pengantin.

pelamin-azwan-arina-dewan-cindai-templer pelamin-sanding-dewan-cindai-institut-kraf

Untuk pakej-pakej majlis perkahwinan terbaik daripada Issyaz Wedding, klik di sini.
Kami menawarkan pakej lengkap, pakej separa lengkap untuk majlis di rumah atau khemah dan dewan.

 


Kredit Video: Anwar Jamil

Pin It on Pinterest

Share This